Pengenalan
Saya Muhammad Huzaifah Bin Arman telah melaksanakan Ujian SEGAK dan
ujian Bleep bagi untuk Pra pada 8 Julai 2019 dan Post pada 8 September 2019. Gaya
hidup sihat telah menjadi fokus utama dalam kehidupan seharian saya. Hal ini
kerana status ekonomi, keselesaan dan kebahagiaan hidup, pembangunan intelek
dan psikososial yang dikejar tidak dapat ditangani dengan baik tanpa konsep
gaya hidup sihat yang sebenar, iaitu pengetahuan, pemahaman dan penggunaan
konsep kecergasan keseluruhan.
1.1 Definisi Kecergasan Fizikal
Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah
keupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan
fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan
yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan
bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh manakala kecergasan
menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk berfungsi dengan cekap
dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu.
1.1 Definisi Kesihatan Diri
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu.
Kesihatan merujuk kepada satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang
masalah seperti ada penyakit kencing manis, dan mudah diserang penyakit
berjangkit yang lain.
Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatanialah satu tahap
atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang
sempurna dari segi zikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari
penyakit atau tidak berdaya. Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah berhubung
dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan dan lain-lain.
2.0 Data Ujian
Bil.
|
JENIS UJIAN
|
PRA
|
POST
|
||
ULANGAN MASA / JARAK
|
SKOR
|
ULANGAN MASA / JARAK
|
SKOR
|
||
1.
|
Tekan Tubi
|
20
|
3
|
55
|
5
|
2.
|
Ringkuk Tubi Separa
|
20
|
4
|
37
|
5
|
3.
|
Ujian Bleep
|
5/4
|
4
|
8/5
|
5
|
4.
|
Naik Turun Bangku
|
112
|
3
|
115
|
2
|
5.
|
Jangkauan Melunjur
|
39
|
4
|
40
|
4
|
6.
|
Indeks Jisim Badan
|
Berat (kg):55.8
Tinggi (cm) : 172.0
|
18.86
|
Berat (kg) : 57.0
Tinggi (cm) : 172.5
|
19.2
|
Jadual di atas menunjukkan data bagi Ujian Pra dan Ujian Post
3.0 Refleksi Diri Mengikut Data
3.1 Tekan Tubi
Berdasarkan data-data yang dikumpul sepanjang saya menjalani ujian tekan
tubi bagi Ujian Pra dan Ujian Post, didapati telah berlaku peningkatan. Pada
Ujian Pra, saya tekan tubi yang saya telah berjaya lakukan ialah 20 manakala
pada Ujian Post pula ialah 55. Saya dapat lihat berlaku peningkatan yang sangat
mendadak kerana beza antara jumlah bilangan tekan tubi tersebut adalah tinggi
iaitu, 35. Sehubungan dengan itu, peningkatan ini menunjukkan kesan yang
positif dari latihan membina otot lengan saya setiap hari pada waktu petang.
Gambar di atas menunjukkan pelajar sedang melakukan ujian tekan tubi
3.2 Ringkuk Tubi Separa
Selain itu, data ujian bagi Ringkuk Tubi Separa juga turut meningkat.
Misalnya, pada Ujian Pra, saya berjaya memperoleh jumlah 20 manakala pada Ujian
Post, saya berjaya memperoleh jumlah sebanyak 37 kali. Ini menunjukkan bahawa
hasil latihan membina otot abdomen saya telah membuahkan hasil. Hal ini kerana,
sebelum saya menjalani Ujian Post, saya telah melakukan banyak latihan dalam
membina otot abdomen pada setiap hujung minggu.
3.3 Ujian Bleep
Bagi Ujian Bleep, data yang saya peroleh menunjukkan peningkatan yang
positif. Hal ini kerana, pada Ujian Pra saya hanya memperoleh 5/4 sahaja. Namun
begitu, pada Ujian Post saya telah memperoleh 8/5. Berdasarkan ujian ini, saya
telah mengetahui bahawa stamina saya telah meningkat semenjak dari Ujian Pra
dilakukan. Hal ini kerana, pada setiap petang, saya akan berjoging sejauh 1 km
untuk meningkatkan stamina saya.
3.4 Naik Turun Bangku
Di samping itu, data untuk naik turun bangku juga berlaku sedikit
penurunan bagi kadar denyutan nadi (seminit) iaitu dari 112 dsm kepada 115 dsm. Dengan ini saya telah dapati
bahawa tahap kecergasan saya menurun sedikit pada Ujian Post berbanding semasa
Ujian Pra. Justeru, saya perlu melakukan aktiviti kecergasan dengan lebih kerap
untuk meningkatkan tahap kecergasan saya.
Gambar di atas menunjukkan pelajar sedang melakukan ujian naik turun bangku.
Gambar di atas menunjukkan pelajar mengira kadar nadi selepas melakukan ujian naik turun bangku.
3.5 Jangkauan Melunjur
Seterusnya, data bagi jangkauan melunjur yang saya menunjukkan
peningkatan iaitu pada Ujian Pra ialah 39 cm manakala pada Ujian Post ialah 40
cm. Oleh sebab itu, saya mendapati bahawa latihan untuk melembutkan otot dan
meningkatkan daya tahan otot serta kekenduran otot amat penting. Oleh sebab yang demikian, untuk meningkatkan
jumlah jarak jangkauan melunjur, saya perlu melakukan latihan untuk
meningkatkan tahap kekenduran otot.
3.6 Indeks Jisim Badan
Akhir sekali, data BMI saya pada Ujian Pra dengan Ujian Post menunjukkan
peningkatan dari segi aspek berat (kg), tinggi (cm) dan skor. Hal ini
menunjukkan peningkatan yang positif kerana berat badan dan tinggi saya berada
dalam keadaan normal, tidak terlalu susut berat badan atau berlebihan berat
badan.
Gambar menunjukkan seorang pelajar sedang mengira ketinggian.
Gambar menunjukkan seorang pelajar sedang mengukur berat badan.
Rumusan
Kesihatan dan kecergasan badan adalah sesuatu yang sangat penting untuk
dijaga bagi setiap individu. Hal ini kerana, semua pekerjaan yang ingin kita
lakukan perlukan kesihatan dan kecergasan badan pada tahap yang normal supaya
kita dapat melakukan pekerjaan tersebut dengan lebih selesa. Justeru itu, kita
hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti
kecergasan serta mengamalkan gaya pemakanan mengikut gizi yang seimbang bagi
menjana kesihatan dan kecergasan badan yang superior.
Rujukan
Robaiyah Kasim. (2008). Kecergasan dan
kesihatan. Shah Alam : Hasrat Murni.
Zainariah Wahab. (1993). Senaman dan
kecergasan. Kuala Lumpur : Pan Earth.
http://www.oocities.org/mef2c/kesihatan.htm diakses pada 17 September 2019.
http://www.myhealth.gov.my/pengenalan-kecergasan/ diakses pada 17 September 2019.